Dua maut dalam nahas tiga kenderaan

MUAR – Dua maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua buah lori di Jalan Bakri-Ayer Hitam, Bukit Naning, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang tadi, kenderaan jenis Proton Iswara dipandu lelaki berusia 60 tahun yang membawa seorang wanita warga asing berusia 27 tahun telah memasuki laluan bertentangan.

“Akibatnya, kenderaan itu telah dirempuh sebuah lori kontena yang datang dari arah hadapan. Insiden berkenaan menyebabkan kereta tersebut diseret dan memasuki semula laluan asal sebelum dirempuh lagi dengan sebuah lori Hino yang berada di belakang kereta.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua individu dalam kereta tersebut maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori kontena turut cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Mohd Fettry Mahat dikejarkan ke lokasi bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit