Derhaka: Kekang klausa yang cuba dinormalisasikan

AKHIRNYA telahan saya selama ini bahawa keterhakisan ketaatan rakyat ke atas Raja-Raja Melayu semakin memburuk dan perlu segera ditangani menjadi kenyataan!

Sembah hormat saya laksanakan dari jauh ke atas Tengku Mahkota Pahang – Tengku Hasannal Ibrahim Alam Shah yang menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak ke atas Tan Sri Mahiaddin Yasin.

Titah itu perlu segera dipatuhi PDRM kerana tingkah Mahiaddin mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sudah melebihi ‘garis merah’ .

Secara tidak langsung, tindak-tanduk pemimpin utama parti Bersatu itu seakan-akan satu kecenderungan menormalisasikan klausa ‘derhaka’ ke atas Raja-Raja Melayu.

Sebenarnya, bukan beliau sahaja bertindak begitu!

Pemimpin pembangkang daripada parti lain pun kerap meracau dalam mimpi siang hari mereka setelah gagal mendapat ‘jumeloh yang cukop’ untuk menjadi kerajaan.

Ada yang berkata bahawa titah Diraja itu tidak ‘qatíe’ – tidak mutlak (boleh diingkari?). Yang kuat ingatan akan terkenang ungkapan itu yang berlaku dalam satu sidang media.

Anehnya, ketika mereka menjadi kerajaan selama 33 bulan dahulu, ke sana sini mereka mencanangkan bahawa Raja-Raja Melayu mesti dipelihara kedaulatannya.

Ke mana perginya semua naratif tersebut? Adakah canangan itu hilang bersama-sama mimpi tebuk atap siri 2 yang diibaratkan sebagai air berkarbonat kehabisan gas?

Jelas bahawa bermula detik kegagalan menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tercetusnya arus penormalisasian klausa ‘derhaka’ ini!

Bermula di situ, ruangan media sosial seperti TikTok dan YouTube terisi komen jelik dan klausa mempersoalkan tindakan YDPA Raja dan Raja-Raja Melayu.

Daripada bertindak secara sembunyi-sembunyi dan menggunakan bahasa berlapik, mula ada individu mengkritik secara terang dan menggunakan bahasa yang polos.

Sekiranya hal ini tidak segera dikekang dengan tegas dan bersungguh-sungguh, kita bimbang rakyat semakin celopar dan agresif sehingga mengundah padah!

Tanpa ketegasan pembangkang tidak kira pemimpin mahupun penyokong, akan terus mengharu-birukan negara ini melalui malan yang tidak sihat.

Kesannya, institusi beraja di negara ini terancam, dan itu memberi impak buruk kepada Malaysia selaku sebuah negara berdaulat yang mempunyai jati dirinya tersendiri.

Pembangkang akan terus mengamalkan ‘madah berhelah’; menuding pihak lain yang bersalah; pada hal merekalah yang melakukan onar; mencemar keharmonian rakyat.

Itulah wajah pembangkang sekarang!

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills