PDRM sahkan Che GuBard ditahan isu video bersifat hasutan di TikTok

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan Che GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin bagi menyiasat video tular memaparkan ceramah berunsur hasutan dan dakwaan tidak berasas berhubung institusi diraja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar berkata, aktivis politik berusia 47 tahun itu ditahan lebih kurang 10.25 malam, semalam bagi membantu siasatan dan permohonan reman di bawah seksyen 117 kanun tatacara jenayah akan dibuat pada Sabtu.

Menurut beliau, penahanan terbabit dibuat selepas polis mengesan satu hantaran di media sosial oleh akaun TikTok edume@4mrankiamat yang memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Che GuBard sedang menyampaikan ceramah berunsur hasutan.

“Siasatan berhubung penularan video tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejurus laporan polis diterima.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan sehingga boleh menimbulkan kegentaran awam serta Mengganggu keharmonian masyarakat di negara ini,” katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.

Sementara itu, Kumar menegaskan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, jika disabitkan, denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Manakala Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan Yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam, jika disabitkan penjara boleh sampai 2 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, jika disabitkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya sekali,” katanya.

Related Posts

Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

PROKLAMASI berkaitan pelucutan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bercanggah dengan adat dan undang-undang negeri, kata Pakar Undang-Undang, Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu Malaysia-India perkukuh sinergi E&E, semikonduktor

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dan India memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi memperluas kerjasama ekonomi bernilai tinggi antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang