Sarawak terap teladan Rasulullah SAW dalam aspek pembangunan

KUCHING – Tema sambutan Maulidur Rasul 1447 Hijrah, Ummah Maju Makmur, disifatkan sangat bertepatan dengan aspirasi Sarawak untuk membina masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi fizikal dan ekonomi, tetapi turut makmur dalam ilmu, nilai dan akhlak.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Rasulullah SAW adalah teladan agung yang wajib dijadikan sumber inspirasi dalam aspek kepimpinan, kasih sayang dan keadilan.

“Maulidur Rasul bukan sekadar perayaan, tetapi medan untuk kita memperbaharui tekad mencontohi akhlak Baginda. Dengan meneladani kepemimpinan Rasulullah SAW, kita dapat membina Sarawak yang sejahtera, penuh kasih sayang dan berpaksikan nilai murni.

“Cinta kepada Rasulullah SAW adalah sebahagian daripada iman. Umat Islam di negeri ini telah menzahirkan kecintaan itu melalui laungan selawat, perarakan, ceramah dan amalan kebajikan,” katanya ketika menyampaikan amanat di Padang Merdeka, Kuching sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri pada Sabtu.

Beliau menegaskan, semangat Maulidur Rasul harus menjadi peringatan agar umat Islam di Sarawak terus menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan hidup sepanjang zaman, sekali gus memperkukuh jati diri dan membina ummah yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow