Sambutan Maulidur Rasul manifestasi cinta umat kepada Nabi SAW – Abdul Rahman

KUCHING – Sambutan Maulidur Rasul 1447 Hijrah yang berlangsung penuh meriah di Padang Merdeka hari ini disifatkan sebagai manifestasi kecintaan umat Islam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya merupakan wadah penting untuk memperkukuh jati diri Muslim serta meneladani akhlak Rasulullah SAW yang luhur.

“Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 21 jelas mengingatkan bahawa pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan terbaik. Justeru, umat Islam wajib mencontohi Baginda dalam semua aspek kehidupan, sama ada sebagai pemimpin, suami, bapa, sahabat atau anggota masyarakat,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan peserta yang hadir dari seluruh pelusuk negeri.

Beliau menegaskan, sambutan Maulidur Rasul memberi peluang kepada umat Islam untuk bermuhasabah tentang sejauh mana penghayatan mereka terhadap ajaran Baginda serta sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara.

“Mari kita perkuatkan peranan sebagai hamba Allah yang berilmu, berakhlak dan beramal. Kita semarakkan perpaduan, teguhkan tekad membina ummah yang gemilang serta memastikan legasi Islam terus mekar hingga ke generasi akan datang,” ujarnya lagi.

Menurut Abdul Rahman, sambutan pada tahun ini bukan sahaja memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, malah mengajak umat Islam untuk merenung kembali warisan yang bakal ditinggalkan.

“Apakah sumbangan kita terhadap agama? Apakah warisan yang akan kita tinggalkan kepada anak-anak dan generasi seterusnya? Persoalan ini wajar menjadi renungan agar setiap daripada kita memainkan peranan aktif dalam pembangunan ummah,” katanya penuh harapan.

Beliau turut menekankan bahawa sambutan seperti ini mampu menjadi pemangkin untuk memperkukuh kesatuan umat Islam di Sarawak.

“Kesatuan ini penting bukan sahaja untuk membina kekuatan rohani, malah untuk menjadikan masyarakat Islam di negeri ini lebih berdaya saing, progresif dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan,” jelasnya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM