Sabah disasar capai internet 100 peratus melalui dasar Ada Jalan Ada Internet

LAHAD DATU – Kerajaan menyasarkan capaian internet di kawasan berpenduduk seluruh negara mencapai 100 peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang melalui pelbagai teknologi bersesuaian dengan lokasi, menerusi dasar Ada Jalan Ada Internet.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, di bawah projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Satu, banyak perancangan dijangka siap hujung tahun ini dengan liputan internet kawasan berpenduduk bakal mencecah 98.6 peratus.

Menurutnya, usaha mencapai 100 peratus liputan tidak hanya bergantung kepada pembinaan menara baharu kerana kosnya tinggi, mengambil masa panjang dan berdepan isu tanah.

“Dasar kita jelas, di mana ‘ada jalan di situ mesti ada internet’ membolehkan syarikat telekomunikasi bekerjasama secara ’multi-operator network’, berkongsi rangkaian supaya kawasan berpenduduk tetap mempunyai capaian internet.

“Misalnya menara ini milik syarikat A, tetapi syarikat lain boleh turut serta memastikan capaian internet tersedia di kawasan itu.

“Masalah kita bukan sekadar kawasan berpenduduk, tetapi laluan utama termasuk beberapa jalan protokol turut berdepan isu capaian internet,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau dan menguji kesiapsiagaan penyedia perkhidmatan komunikasi (telco) menghadapi Monsun Timur Laut di Kampung Sepagaya, di sini, pada Sabtu.

Fahmi berkata, pihaknya turut menerima aduan berhubung isu capaian internet di Pulau Sebatik, Tawau, dan telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turun padang menilai masalah berbangkit, termasuk gangguan isyarat dari negara jiran serta isu spektrum.

“Pihak MCMC akan meneliti dan ada beberapa cadangan awal yang akan dilaksanakan bulan ini termasuk mengadakan mesyuarat kerjasama antara Malaysia dan Indonesia mengenai isu telekomunikasi.

“Mesyuarat ini akan diadakan di Kota Kinabalu membabitkan MCMC dan rakan sejawat daripada agensi Indonesia,” katanya.

Mengenai tinjauannya di menara telekomunikasi Kg Sepagaya, Fahmi berkata, ujian bersama CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL menggunakan aplikasi MCMC NEXUS mendapati menara itu mampu mencapai kelajuan sehingga 300Mbps bagi 5G dan 80Mbps bagi 4G, memberi manfaat kepada kira-kira 3,800 penduduk setempat.

“Bagi memastikan perkhidmatan komunikasi kekal stabil sepanjang musim banjir, semua telco diminta menambah kapasiti rangkaian serta menyediakan bekalan kuasa sokongan termasuk genset dan sistem hibrid solar memandangkan Kampung Sepagaya adalah lokasi berisiko banjir ketika Monsun Timur Laut,” katanya.

Difahamkan, sehingga 31 Julai 2025, liputan internet di kawasan berpenduduk di Sabah telah mencapai 95.30 peratus, meningkat ketara berbanding 73.41 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA.

Related Posts

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di sini dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di Pantai Balok, berhampiran Maahad Tahfiz Turath, lewat petang semalam. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO