KESUMA ambil tindakan segera tangani peningkatan pengganguran anak muda

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bekerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mencakupi aspek latihan kemahiran serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, perkara itu diambil selepas kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun mencatatkan peningkatan daripada 270,800 orang pada suku kedua 2024 kepada 286,500 orang pada suku sama tahun ini.

Katanya, guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran siswazah pula merekodkan penurunan daripada 1.55 juta orang pada 2022 kepada 1.54 juta orang pada 2023.

“Antara jabatan dan agensi terbabit seperti Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp), Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

“Melalui kerjasama itu, pihaknya turut mengambil langkah strategik dalam menangani isu ketidakpadanan kemahiran melalui beberapa tindakan proaktif. TalentCorp telah menerbitkan Senarai Pekerjaan Kritikal Malaysia (MyCOL) sejak 2015.

“Ia sebagai penanda aras untuk penelitian keperluan pekerjaan dan kemahiran kritikal yang diperlukan pihak industri.TalentCorp juga telah menjalankan kajian Impak Kecerdasan Buatan (AI), Digital dan Ekonomi Hijau untuk memahami kesannya terhadap tenaga kerja Malaysia,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Salehuddin Saidin berhubung langkah kerajaan menangani kadar pengangguran belia yang tinggi hingga 10.8 peratus dan graduan universiti bekerja tidak sepadan dengan kelulusan mereka perolehi.

Mengulas lanjut, Steven berkata, berdasarkan dapatan kajian itu, portal digital MyMAHIR.my telah dibangunkan yang berfungsi sebagai pusat sehenti dalam menyediakan maklumat tentang peranan pekerjaan masa depan, kenahiran diperlukan dan program latihan bersesuaian dengan keperluan pasaran kerja semasa.

“Bagi memastikan keselarasan kemahiran dengan keperluan industri, MyMAHIR Future Skills Talent Council (FSTC) telah ditubuhkan untuk menentukan bentuk latihan yang diperlukan oleh industri dan memilih pusat latihan yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, Steven memaklumkan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sedang melaksanakan pembaharuan sistem latihan dan pensijilan kemahiran agar lebih anjal dan sejajar dengan keperluan semasa industri.

Antaranya, menurut beliau, termasuklah semakan semula Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) agar selaras dengan permintaan pasaran buruh semasa, seperti tenaga boleh diperbaharui, keselamatan siber, automasi industri, dan pendigitalan.

“Sehingga suku pertama 2025, sebanyak 1,972 NOSS aktif tersedia untuk pelaksanaan, manakala sistem latihan disokong oleh 1,625 Pusat Bertauliah di seluruh negara.

“Seterusnya, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah menawarkan pelbagai kursus melalui program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) bagi membantu pencari kerja termasuk para belia memasuki pasaran kerja,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai