RUU PSB lebih mengikat kerajaan, bukan menindas rakyat

RANG Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 bukanlah satu mekanisme yang menindas rakyat, sebaliknya memperketat kuasa kerajaan dalam urusan pembangunan semula kawasan perumahan.

Pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, undang-undang sedia ada membenarkan kerajaan mengambil alih sesuatu kawasan tanpa perlu mendapat persetujuan majoriti penghuni, sekiranya ia boleh dihujahkan sebagai membawa manfaat kepada kepentingan ekonomi atau awam.

“Pada masa sekarang, tiada had minimum umur bangunan atau nilai ambang persetujuan penghuni ditetapkan. Kerajaan boleh melaksanakan pembangunan semula bila-bila masa dengan alasan tertentu. Dengan adanya RUU PSB, kerajaan pula akan terikat kepada syarat-syarat baharu,” katanya menerusi hantaran video di YouTube.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dengan penggubalan RUU PSB, kerajaan tidak lagi boleh sewenang-wenangnya menggunakan Akta Pengambilan Tanah atau Kanun Tanah Negara (KTN) semata-mata, sebaliknya perlu mematuhi nilai ambang umur bangunan dan persetujuan penghuni yang ditetapkan.

“Kalau kerajaan ingin membangunkan semula sesuatu kawasan, contohnya, ia hanya boleh dilakukan setelah tempoh minimum tertentu dipenuhi sama ada 30 tahun, 40 tahun atau lebih. Selain itu, kerajaan juga perlu mendapatkan sokongan majoriti besar, contohnya 80 peratus atau 85 peratus penghuni. Ini adalah perlindungan yang sebelum ini tidak wujud,” katanya lagi.

Raggie turut mengkritik pembangkang kerana didakwanya memutar belit isu berkenaan demi mencetuskan persepsi negatif terhadap kerajaan.

“Dulu, pembangkang sendiri pernah berusaha memperkenalkan mekanisme seumpama ini kerana mereka faham keperluan menetapkan nilai ambang yang jelas. Tetapi sekarang, mereka mengelirukan rakyat seolah-olah kerajaan mahu merampas tanah orang Melayu dengan lebih cepat. Itu tidak benar,” tegasnya.

Beliau juga turut menolak pandangan yang mengatakan nilai ambang 30 tahun adalah zalim kerana terlalu singkat.

Sebaliknya, beliau mencadangkan tempoh 40 hingga 50 tahun sebagai kompromi yang munasabah.

“Lebih lama sesuatu bangunan itu, lebih besar risikonya. Walaupun ada pemeriksaan kejuruteraan, bangunan lama tetap berpotensi menimbulkan masalah keselamatan. Maka, kita perlu bersikap realistik,” ujarnya.

Jelasnya lagi, pengenalan RUU PSB akan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan Melayu berpendapatan rendah, kerana kerajaan tidak lagi mempunyai ruang mutlak untuk membuat keputusan pembangunan semula tanpa mengambil kira suara penghuni.

“RUU PSB adalah langkah ke hadapan. Ia bukan satu muslihat untuk mengusir Melayu, sebaliknya mengikat kerajaan agar lebih telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Justeru, pembangkang juga perlu memainkan peranan konstruktif dalam menambah baik peruntukan undang-undang itu.

Related Posts

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

KUALA LUMPUR – Laporan interim yang merangkumi hasil kajian dan cadangan penambahbaikan hala tuju strategik Kumpulan FELDA akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hujung bulan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

KUALA LUMPUR – Penjualan dadah sintetik berbahaya dikesan menggunakan istilah berkod dan akaun palsu, bagi mengaburi pihak berkuasa serta mengelak dikesan penyedia platform e-dagang. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad klinik lama imbau kenangan bekas pesakit terhadap mendiang Alexson Adit

Kad klinik lama imbau kenangan bekas pesakit terhadap mendiang Alexson Adit

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan