Langgar peraturan jarak, Maritim Lahad Datu tahan 5 lelaki dan rampas 8kg hasil laut

LAHAD DATU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menahan lima lelaki dan merampas lapan kilogram (kg) hasil tangkapan laut selepas vesel pukat jerut bilis mereka dikesan melanggar peraturan jarak, di perairan Kunak, pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, penahanan itu
dibuat kira-kira pukul 11.55 pagi di kedudukan 0.14 batu nautika timur Pulau Timbun Mata menerusi Op Pluto Timur 2/2013 dan Op Tiris 3.0.

“Vesel terbabit melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan pada jarak kurang daripada 1.0 batu nautika dari daratan terdekat.

“Vesel tersebut juga dikesan melakukan kesalahan di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah apabila gagal memaklumkan pertukaran tekong seperti yang diwajibkan dalam lesen bot,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Dzulfikhar, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pengusaha bot
nelayan yang ingkar syarat lesen, khususnya mereka yang beroperasi di zon larangan.

“Peraturan jarak ini ditetapkan bagi melindungi ekosistem marin serta memastikan sumber perikanan negara kekal mampan.

“Vesel, tekong warga tempatan berumur 18 tahun bersama empat kru warga Filipina berumur 17 hingga 25 tahun kemudian ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut,” tegasnya.

Beliau turut menyeru komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang-undang laut dan segera menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan melalui aplikasi WhatsApp 016-9305727 atau talian kecemasan 999.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa