KAC 2025 jangka tarik lebih ramai peserta antarabangsa, tawar cabaran baharu

KOTA KINABALU – Kiulu Adventure Challenge (KAC) edisi keenam kembali pada 7 Disember ini dengan menawarkan lebih banyak aktiviti menarik serta cabaran baharu, selain jangkaan peningkatan penyertaan peserta antarabangsa.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, penganjuran kali ini menyasarkan seramai 700 peserta tempatan dan antarabangsa.

“Tahun ini kita menyasarkan 700 penyertaan itu sasaran tetapi jika sambutan menggalakkan kita boleh terima sebanyak mana pun jumlah penyertaan.

“Untuk makluman tahun lalu kita telah menerima sejumlah lebih daripada 500 penyertaan jadi kami menjangkakan penyertaan yang lebih besar pada tahun ini jadi bukan sahaja peserta tempatan tetapi juga antarabangsa.

“Tahun ini, penyertaan dari luar negara dijangka meningkat,” katanya dalam sidang media KAC 2025 di Sabah Tourism Board di sini pada Selasa.

Jelasnya, antara tarikan utama KAC pada edisi ini ialah acara berpasukan yang mengetengahkan cabaran unik melalui kombinasi larian denai, berbasikal lasak dan aktiviti berakit.

Menurut beliau, acara itu bukan sahaja medan sukan, malah menjadi platform untuk mempromosikan keindahan Kiulu dan memberikan impak ekonomi kepada komuniti setempat.

“Selain menjadi acara sukan KAC juga terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan keindahan semula jadi Kiulu dan melibatkan komuniti setempat serta membuka lebih banyak peluang pemerkasaan dan pembangunan pelancongan komuniti luar bandar,” katanya.

KAC 2025 menawarkan kategori solo dan berpasukan. 

Untuk kategori solo, terdapat tiga cabaran iaitu 30 kilometer (km) berbasikal lasak (MTB), 11 km larian denai dan 6 km larian santai.

Kategori berpasukan pula melibatkan tiga orang setiap pasukan dengan cabaran meliputi 11 km larian denai, 30 km berbasikal lasak dan 3 km aktiviti berakit.

Orang ramai yang berminat digalakkan untuk mendaftar lebih awal bagi menikmati kadar yuran istimewa yang ditawarkan sempena pendaftaran awal yang sudah bermula dan akan ditutup pada 17 September ini manakala pendaftaran penuh pula akan ditutup pada 3 November.

Pendaftaran boleh dibuat melalui Eventfinder di Facebook atau dengan menghubungi pihak urus setia di talian 016-368 0640.

Dalam pada itu, beberapa pertandingan sampingan turut dicadangkan bagi melibatkan komuniti setempat antaranya, pertandingan menyumpit tradisional, pertandingan mural berkumpulan, pameran dan jualan kraftangan.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16