Kerajaan fokus tingkat kemampanan fiskal, subsidi bersasar – Amir Hamzah

KERAJAAN akan terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan ruang fiskal negara bagi membolehkan lebih banyak kemudahan asas disediakan kepada rakyat, termasuk sekolah, klinik dan infrastruktur penting lain.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, selain meningkatkan ruang fiskal, kerajaan juga sedang melaksanakan peralihan daripada sistem subsidi pukal kepada subsidi bersasar bagi memastikan bantuan yang diberikan lebih efisien dan menepati keperluan kumpulan sasar.

Beliau berkata, sebagai contoh, subsidi tarif elektrik yang diperkenalkan pada Julai 2025 telah memberikan manfaat secara langsung kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) dengan penurunan bil elektrik sehingga 14 peratus.

“Sebanyak 85 peratus daripada rakyat Malaysia tidak terkesan dengan pelaksanaan penyasaran subsidi elektrik ini.

“Jadi dengan menukar cara kita mengadakan penyasaran subsidi, kita dapat mengurangkan beban fiskal (negara),” katanya pada sidang Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Prof Emeritus Dr Mohammad Redzuan Othman berhubung langkah kerajaan dalam menyantuni golongan M40 yang turut berdepan tekanan peningkatan kos sara hidup.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah turut menjelaskan bahawa kerajaan sedang meneliti beberapa kaedah penilaian semula kategori isi rumah dalam pelaksanaan subsidi bersasar, termasuk mengambil kira faktor tempat tinggal, jumlah tanggungan dan perbelanjaan tetap bulanan.

Namun begitu, beliau mengakui bahawa pendekatan tersebut agak rumit untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Berikutan itu, Kementerian Kewangan masih belum bersedia untuk melaksanakan kaedah tersebut buat masa ini.

“Kerajaan akan meneruskan pendekatan sedia ada dalam pelaksanaan subsidi dan menambah baik bantuan secara lebih bersasar sebagai langkah intervensi semasa,” katanya.

Related Posts

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

PUTRAJAYA – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diingatkan untuk merenung kembali realiti dan sejarah politik Johor yang membuktikan bahawa gelaran ‘poster boy’ bukan jaminan seseorang itu akan dilantik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

BUTTERWORTH – Kerjasama lebih erat antara pengamal media di negara-negara ASEAN perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan pelaporan yang tepat dan seimbang, selain membantu menangani penularan maklumat palsu yang semakin mencabar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos