Potensi ternak kelulut jana pendapatan lumayan

KUANTAN – Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Mustaqim Zakaria, mengetuai satu lawatan ke ladang kelulut di Kampung Megat, dekat Gambang, hari ini.

Lawatan itu bertujuan meneroka potensi ekonomi baharu yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti setempat.

Turut serta dalam lawatan itu adalah ahli Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) RISDA Kampung Paya Bungor.

Pengusaha ladang, Dzukarnain Husin mengalu-alukan lawatan berkenaan dan meluangkan masa menerangkan operasi di ladang kelulut berkenaan.

Sementara itu, Mustaqim yang juga Ketua Pemuda UMNO Paya Besar berkata, lawatan terbabit bertujuan memberi pendedahan kepada para pekebun kecil – khususnya golongan wanita – mengenai potensi perniagaan yang menjanjikan pulangan lumayan melalui penternakan lebah kelulut.

“Ini adalah pengalaman yang sangat bermanfaat dan seterusnya membuka minda kami tentang peluang ekonomi dan produk berasaskan kelulut,” katanya.

Dalam sesi lawatan tersebut, Dzukarnain berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengusahakan ladang kelulut yang menempatkan sehingga sembilan spesis kelulut yang berbeza.

Para peserta lawatan turut diberi penerangan tentang khasiat dan potensi besar bagi meneroka pasaran madu kelulut di dalam dan luar negara.

Inisiatif seperti ini diharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai penduduk tempatan menceburi bidang penternakan kelulut, seterusnya meningkatkan taraf ekonomi dan sumber pendapatan mereka.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar