DiWarMas, Pustaka Negeri Sarawak semarakkan Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-68

KUCHING – Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (DiWarMas) dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 dengan penuh meriah pada pagi tadi. 

Program tersebut bertujuan memupuk semangat patriotisme serta menyemai rasa cinta akan negara dalam kalangan masyarakat, khususnya warga emas.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli berkata, semangat kebangsaan tidak boleh dipandang ringan kerana ia merupakan benteng utama apabila negara berdepan cabaran dan ancaman.

“Memupuk semangat cintakan negara amat penting, lebih-lebih lagi kepada warga emas supaya mereka dapat menjadi teladan kepada generasi muda. Kita mahu memastikan semangat ini tidak luntur walaupun negara semakin maju,” katanya.

Japri turut mengingatkan bahawa pesanan Mantan Ketua Negeri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem atau Tok Nan agar rakyat Sarawak menjaga negeri ini dengan sebaik-baiknya harus terus dijadikan pedoman. 

“Pesanan tersebut bukan sahaja tanda kasih beliau kepada Sarawak, malah menjadi panduan untuk kita bersama membangunkan negeri yang makmur serta berdaya saing,” ujarnya.

Sambutan dimulakan dengan aktiviti berjalan kaki mengelilingi bangunan Pustaka Negeri Sarawak, diikuti senam tari, kibaran Jalur Gemilang serta bacaan doa selamat. Turut diadakan sambutan hari lahir bagi ahli kelab yang lahir pada bulan Ogos dan September.

Acara diakhiri dengan jamuan potluck yang dibawa oleh para peserta, dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan taulan yang turut memeriahkan suasana. Peserta tampil dengan pakaian sukan dan baju-T Merdeka, melambangkan semangat kebersamaan serta kesyukuran menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

Japri menegaskan, semangat cintakan negara adalah warisan berharga yang tidak boleh dipinggirkan. “Kita mahu rakyat Malaysia sentiasa berjiwa besar untuk mempertahankan tanah air dan memastikan Malaysia terus kukuh,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

SARATOK – Sambutan Hari Gawai bukan sekadar acara tahunan bagi meraikan budaya dan warisan masyarakat Dayak, malah ia menjadi lambang perpaduan serta keharmonian rakyat pelbagai kaum di Sarawak. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

GERIK – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di kawasan Puncak Gerik, Lebuhraya Timur-Barat (JRTB),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah