Sultan Pahang titah masjid, surau buat solat hajat susulan gempa bumi

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di seluruh Pahang melaksanakan solat hajat serta doa menolak bala, malam ini.

Titah baginda dizahirkan berikutan beberapa siri bencana gempa bumi membabitkan Malaysia baru-baru ini, sekali gus menzahirkan rasa prihatin dan kebersamaan baginda terhadap kesejahteraan rakyat serta keselamatan negeri.

“Baginda bertitah supaya umat Islam di negeri Pahang sentiasa memperkukuhkan doa, meningkatkan amal ibadah serta bersatu hati memohon perlindungan Allah SWT daripada sebarang musibah,” menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.

Menurut hantaran itu, baginda turut meminta rakyat bersama-sama berdoa agar Allah SWT melindungi negeri Pahang daripada segala bencana serta mengekalkan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat.

Jabatan Mateorologi Malaysia (METMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi semalam di Segamat, Johor dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di negeri itu serta selatan Pahang.

Pada 24 Ogos lalu, METMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di daerah sama pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1 disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 kilometer.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula