Malaysia, Brunei tingkat kerjasama tenaga dan perdagangan

MALAYSIA dan Brunei komited untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang strategik termasuk tenaga, kesalinghubungan, pertanian, pelancongan dan industri halal demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.

Komitmen ini dinyatakan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia–Brunei ke-26 yang berlangsung antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin menegaskan kepentingan memperkukuh kerjasama ekonomi antara Brunei dan negeri Sabah serta Sarawak sebagai pemacu kemakmuran bersama dan integrasi serantau.

“Kedua-dua pemimpin merancang untuk memanfaatkan sumber bersama serta kelebihan geografi Borneo untuk mengukuhkan keterjaminan makanan dan tenaga, membina rantaian bekalan yang berdaya tahan serta mewujudkan peluang yang mampan untuk rakyat,” menurut kenyataan itu.

Dalam sektor tenaga, kedua-dua pihak turut mengiktiraf kerjasama yang sedia terjalin serta potensi bagi perluasan usaha sama strategik yang saling menguntungkan.

Sehubungan itu, pemimpin kedua-dua negara menyatakan rasa berpuas hati terhadap kerjasama antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PADB) melalui Kawasan Pengaturan Komersial (CAA).

Kedua-dua pihak turut digalakkan untuk memajukan projek bersama dan merealisasikan potensi sepenuhnya dalam tempoh yang dipersetujui.

Selain itu, kedua-dua pemimpin mengiktiraf peranan Sarawak yang semakin berkembang dalam kerjasama tenaga serantau, serta menyedari sumbangan penting negeri itu terhadap keterjaminan tenaga di rantau ASEAN.

“Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan kemajuan dalam projek saling sambung tenaga rentas sempadan antara Lumut, Kuala Belait dan Tudan, yang bertujuan untuk memastikan bekalan tenaga yang boleh dipercayai serta membuka peluang perdagangan tenaga dua hala antara negara anggota ASEAN,” katanya.

Dalam memperkukuh hubungan ekonomi, kedua-dua pemimpin turut menekankan peranan sektor swasta dan menyambut baik penubuhan Majlis Perniagaan Bersama Brunei Darussalam–Sabah serta Majlis Perniagaan Bersama Brunei Darussalam–Sarawak.

Kedua-dua pihak berharap agar hubungan ekonomi dapat ditingkatkan melalui inisiatif penanaman padi secara komersial dan integrasi ternakan dengan memanfaatkan sumber pertanian di Sabah dan Sarawak, digabungkan dengan penjenamaan halal Brunei.

Kerjasama ini diyakini dapat menyumbang kepada peningkatan keterjaminan makanan, pengukuhan daya tahan rantaian bekalan dan peluasan akses pasaran.

Di samping itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan potensi pelaburan berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA), bagi memperkukuh hubungan pelaburan yang saling menguntungkan.

Untuk rekod, pada tahun 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara ASEAN, dengan jumlah dagangan keseluruhan sebanyak RM7.53 bilion (AS$1.77 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sahaja, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Brunei telah mencecah AS$690 juta (RM3.02 bilion), melibatkan nilai eksport sebanyak AS$500 juta (RM2.18 bilion) dan import bernilai AS$190 juta (RM840 juta).

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar