CLRC sedang menilai kesesuaian hukuman sebat mandatori

PUTRAJAYA – Hukuman sebat mandatori merupakan antara peruntukan yang sedang dinilai kesesuaiannya oleh Jawatankuasa Semakan dan Kajian Pembaharuan Undang-Undang Jenayah (CLRC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penelitian dilakukan terhadap pelbagai undang-undang yang wujud sejak zaman penjajah, termasuk peruntukan bertindih.

Katanya, kajian secara terperinci sedang dilaksana pihaknya bagi memastikan dasar itu dapat dilaksana secara holisitik dan progesif.

“Ya, kita melihat peruntukan undang-undang membabitkan hukuman sebat dan antara cabaran terbesar hari ini adalah melihat hukuman sebat membabitkan kesalahan apa.

“Ada undang-undang kita yang bertindih, ini juga perlu dipertimbang. Bagi berusia bawah 18 tahun, kita tidak boleh sesuka hati mengenakan hukuman sebat terhadap kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan dan Majlis Kibaran Jalur Gemilang di Marina Putrajaya, pada Rabu.

Sebelum ini, Azalina berkata, satu kajian menyeluruh sedang dijalankan bagi meneliti keberkesanan hukuman sebat mandatori di Malaysia.

Jelasnya, langkah itu selaras dasar Kerajaan MADANI yang berteraskan prinsip keinsanan, keadilan dan akauntabiliti.

Buat masa ini, Azalina berkata, tiada kajian komprehensif dan menyeluruh pernah dijalankan di Malaysia mahupun negara ASEAN lain, berkaitan keberkesanan hukuman sebat serta hukuman sebat mandatori dalam mencegah seseorang pesalah daripada melakukan kesalahan sama atau jenayah lain pada masa depan.

Katanya, satu Mesyuarat Khas Kajian Pemansuhan Hukuman Sebat Mandatori yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah diadakan pada 23 Jun lalu membabitkan pelbagai agensi.

Dalam mesyuarat khas itu, Azalina memaklumkan, pelbagai pandangan dan cadangan telah dikemukakan, termasuk kebimbangan mengenai impak jangka panjang hukuman sebat serta keperluan kajian menyeluruh bagi menilai keberkesanan dan kewajaran mengekalkan aspek mandatori hukuman berkenaan.

Related Posts

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mempertikaikan kuasa dan autoriti Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu dalam memberikan pengampunan, termasuk berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

SEREMBAN – Tiada sebarang unsur paksaan terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim untuk menandatangani dokumen proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 3 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan