Tragedi Zara suara Sabah untuk Malaysia, Nurul Izzah seru tindakan empati bukan sekadar simpati

KOTA KINABALU – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan tragedi yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir perlu menjadi titik tolak kepada dasar dan pelan tindakan berasaskan empati, bukan sekadar simpati atau bergantung pada data dan statistik semata-mata.

Sebagai seorang ibu dan pemimpin wanita, beliau berkata, tragedi itu harus dilihat sebagai desakan suara rakyat Sabah untuk Malaysia, yang menuntut reformasi keselamatan menyeluruh bukan sahaja di sekolah, malah di tempat kerja dan ruang awam.

“Keadilan buat Zara perlu dijadikan titik tolak kesedaran nasional terhadap keselamatan kanak-kanak dan wanita, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Ini bukan sekadar tragedi. Ia satu suara dari Sabah yang mengingatkan kita di Semenanjung bahawa kita belum cukup peduli,” kata beliau dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Bilik Gerakan Utama Dun N.20 Api-Api, di sini, pada Ahad.

Nurul Izzah turut berkongsi beliau sendiri berusaha bertemu dengan ibu arwah sejak tiga minggu lalu sebelum akhirnya pertemuan itu berlangsung.

Mengulas sama ada insiden ini boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan, beliau berkata, terlalu awal untuk membuat kesimpulan, namun menekankan perlunya penambahbaikan segera terhadap sistem perlindungan sosial.

“Apa yang penting sekarang bukan menuding jari, tetapi mencari penyelesaian. 

“Kita harus beri keutamaan kepada keselamatan anak-anak kita,” katanya.

Beliau turut menyambut baik langkah membawa isu itu ke Parlimen, namun mengingatkan bahawa perbahasan semata-mata tidak mencukupi tanpa tindakan susulan yang nyata.

“Saya gembira ia dibangkitkan di Parlimen. 

“Isu ini penting dan perlu ditangani secara tuntas. Tetapi yang lebih penting adalah untuk kita menunjukkan empati yang sebenar,” katanya.

Tragedi Zara yang mendapat perhatian meluas di media sosial dan arus perdana telah mencetuskan gelombang solidariti serta persoalan serius mengenai tahap keselamatan dan kecekapan tindak balas pihak berkuasa.

Related Posts

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PETALING JAYA – Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0