Pengurusan sampah, kumbahan sistematik di Kg Sim Sim perlu segera dilaksanakan

SANDAKAN – Pengurusan sampah dan kumbahan secara sistematik di Kampung Sim Sim perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan pencemaran laut yang lebih serius pada masa hadapan.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson berkata, langkah tersebut akan dilaksanakan menerusi Kempen Penghijauan dan Kebudayaan Lestari 2.0 Peringkat Sandakan, di bawah program Local Agenda 21 yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar.

“Bagi masa hadapan, kita tiada pilihan lain selain menguruskan sampah dan kumbahan secara sistematik. 

“Jika tidak, kawasan laut kita akan menjadi semakin tercemar. Mahu tidak mahu, kita perlu laksanakan juga,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Kempen Penghijauan dan Kebudayaan Lestari 2.0, Kg Sim Sim, di sini, pada Sabtu.

Walter berkata, Kg Sim Sim dipilih sebagai lokasi program berkenaan memandangkan ia berdepan masalah pembuangan sampah ke laut yang menjejaskan imej kawasan berkenaan sebagai destinasi pelancongan.

Katanya lagi, MPS telah melaksanakan beberapa program kesedaran termasuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada penduduk mengenai kaedah pengurusan sampah yang lebih baik, seperti kitar semula dan kompos.

Namun, Walter menegaskan kos operasi memungut sampah di perairan adalah sangat tinggi serta tidak mampan jika masyarakat tidak mempunyai kesedaran untuk menguruskan sisa dari peringkat rumah masing-masing.

“Langkah seterusnya ialah meningkatkan kesedaran komuniti untuk menguruskan sampah dari rumah dan mewujudkan kesepakatan bersama bagi melupuskannya di lokasi yang sesuai.

“Pada masa sama, MPS akan menyediakan sistem pembuangan sampah yang lebih teratur kerana tindakan memungut semata-mata bukan penyelesaian yang mampan,” katanya.

Menurut Walter, pihaknya juga sedang mengkaji cadangan penyediaan pusat pembuangan sampah di kawasan berkenaan memandangkan ruang yang terhad serta masalah kekurangan tempat letak kenderaan.

“Kita tidak mahu terburu-buru kerana memerlukan data lengkap agar penyelesaian yang dicapai benar-benar mampan,” ujarnya.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH