Kerajaan MADANI kukuh, berani serah kuasa kepada Parlimen – PM

HANYA kerajaan kukuh dan berani sahaja sanggup menyerahkan kuasa kepada Parlimen, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, Kerajaan MADANI komited terhadap prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban melalui penyerahan kuasa lebih banyak kepada Parlimen.

Jelasnya, langkah itu termasuk pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang memerlukan menteri kewangan mengemukakan unjuran pertumbuhan serta pelan menurunkan kadar hutang negara untuk kelulusan Parlimen.

“Kerajaan mana yang sanggup menyerahkan kuasanya kepada Parlimen? Antaranya RUU Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

“Maknanya kalau menteri kewangan umum dasar, Parlimen luluskan, kemudian tidak dapat dilaksanakan, Menteri Kewangan akan bentang semula supaya dasar kerajaan itu (dilaksanakan) penuh tanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Sembilan di Dataran Nilai, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Aminuddin Harun; Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Pertahanan, Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.

Program bertemakan ‘Digital Merentasi Generasi, Memperkasa Komuniti’ itu diterajui Kementerian Digital dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi serta Kerajaan Negeri Sembilan selaku tuan rumah.

Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 diperkenalkan kerajaan bertujuan mengadakan peruntukan bagi tanggungjawab, kebertanggungjawaban, tadbir urus, dan ketelusan kerajaan dalam menguruskan kewangan awam dan risiko fiskal, telah dikuatkuasakan pada 1 Jan 2024 setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 2023.

Selain itu, Anwar turut menekankan mengenai pembentangan RUU Perolehan Kerajaan yang sedang dibahas di Dewan Rakyat sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap ketelusan.

“Kerajaan dahulu tidak berani buat. Semua perolehan kerajaan, persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan mesti ikut tatacara yang jelas, ikut tender melainkan soal keselamatan, kalau betul hendak beli radar untuk keselamatan mesti ada kerahsiaan, itu kita kecualikan,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar