Ujian setiakawan dalam Perikatan Nasional di Nenggiri

SEBAIK sahaja Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengadakan sidang media berkaitan kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri pada 13 Jun lalu, parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) mula mencongak peluang calon mereka.

Bagi Bersatu, mereka mahu kerusi itu terus ditandingi calon daripada parti mereka, manakala rakan gabungan – PAS – pula dilihat agak ‘keberatan’ untuk melepaskan kerusi berkenaan.

Ini kerana, pada pandangan ahli akar umbi PAS, kekosongan luar jangka kerusi berkenaan disebabkan ‘pengkhianatan’ oleh calon daripada Bersatu ketika pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu.

Kerusi itu dimenangi Mohd Azizi Abu Naim yang bertanding menggunakan logo PAS dalam PRN berkenaan.

Mohd Azizi juga adalah Ahli Parlimen Gua Musang dan diangkat sebagai ‘Giant Killer’ oleh PN selepas menewaskan penyandang kerusi berkenaan selama 12 penggal, Tengku Razaleigh Hamzah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun, Mohd Azizi akhirnya membuat keputusan untuk mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November lalu.

Tindakannya itu kurang disenangi pimpinan Bersatu dan juga PN hingga menyaksikan Bersatu bertindak meminda Perlembagaan parti mereka dan menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan bagi mencari wakil rakyat baharu di Nenggiri.

Mohd Azizi sudah menyatakan pendirian bahawa beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding dalam PRK berkenaan dan sedia membantu calon dipilih mewakili Kerajaan Perpaduan.

Dan sejak pengumuman kekosongan kerusi DUN Nenggiri dibuat Mohd Amar, tidak pernah sekali pun terlepas dalam kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan Bersatu dan PAS, selain masing-masing mendakwa ‘lebih layak’ bertanding di situ.

Yang Dipertua PAS Gua Musang, Azman Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, beliau berharap parti mereka diberi laluan bertanding di kerusi itu dengan alasan bimbang berulangnya peralihan sokongan pengundi jika wakil Bersatu dicalonkan sekali lagi di kerusi berkenaan.

Bahkan Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Habidin Hanipa turut bertegas bahawa kerusi DUN Nenggiri perlu diberi kepada PAS untuk mengelakkan ‘pisang berbuah dua kali’.

Mohd Habidin juga mendakwa hampir 90 peratus jentera pilihan raya di kawasan itu adalah daripada PAS.

Bagaimanapun, permintaan Azman dan Mohd Habidin itu dijangka berdepan sedikit kesukaran selepas Ketua Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor dalam sidang media pada Isnin lalu dilaporkan berkata, keputusan muktamad mengenai calon bagi PRK Nenggiri akan ditentukan pimpinan tertinggi PN.

Kamarudin turut ‘menasihatkan’ PAS Gua Musang membuat permohonan rasmi untuk bertanding dalam PRK itu kepada pucuk pimpinan PN.

“Keputusan akhir berhubung parti akan dipertaruh untuk mengekalkan kerusi terbabit akan dibuat pucuk pimpinan komponen termasuk daripada PAS,” tegas Kamaruddin yang memaklumkan Bersatu Kelantan akan menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon.

Jumaat lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilaporkan berkata partinya sedia meletakkan calon mewakili PN di kerusi terbabit.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat pada 28 Jun lalu menetapkan hari pengundian bagi PRK Nenggiri pada 17 Ogos depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan.

Seramai 20,259 pemilih terdiri daripada 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis akan memilih wakil rakyat baharu mereka dalam PRK itu.

Dan ketika suasana kempen PRK Sungai Bakap yang sudah memasuki pusingan kedua dan semakin hangat, suhu politik di Nenggiri juga akan terus ‘mendidih’ selagi PAS dan Bersatu tidak dapat mencari kata sepakat dalam menentukan calon daripada parti mana paling layak bertanding di situ.

Related Posts

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan inisiatif Jualan Rahmah MADANI dengan penganjuran secara mingguan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis