Laksana kempen antibuli di peringkat sekolah rendah – Agong

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan agar melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.

Seri Paduka bertitah, sekiranya tidak membendung gejala buli sejak dari peringkat awal, ia berisiko melahirkan generasi yang hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan.

“Buli bukan sahaja merosakkan mental dan emosi mangsa, malah boleh mengakibatkan pelbagai tragedi.

“Anak-anak perlu diberi penerangan sejak dari usia kecil mengenai perkara ini dan menerusi kempen berkenaan akan membimbing mereka dalam memahami erti saling hormat menghormati dan berdisiplin,” titah baginda dalam kenyataan, hari ini.

Seri Paduka juga bertitah, Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 untuk menangani buli turut membuktikan komitmen kerajaan untuk membanteras isu berkenaan secara tegas.

Titah baginda, usaha berkenaan turut memerlukan pendekatan merentasi kementerian dan agensi bagi memastikan jenayah buli ditangani secara menyeluruh.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil, di Istana Negara hari ini.

Pada sesi itu, Fahmi antara lain mempersembahkan komitmen kementerian dalam menangani isu buli serta tindakan yang diambil bagi membanteras isu berkenaan.

Fahmi turut mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai taklimat pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025.

Related Posts

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun apabila melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

KAZAN – Malaysia bakal memperoleh jaminan bekalan petrol, minyak dan gas bagi tempoh jangka panjang daripada Rusia, sekali gus memastikan kestabilan pasaran domestik serta mengukuhkan sekuriti tenaga negara. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus