PKR Sabah minta semua pihak matang menilai, tidak panik

KOTA KINABALU – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah mengingatkan agar semua pihak matang menilai dan tidak panik terhadap laporan media yang kadangkala tidak menggambarkan intipati sebenar.

Seruan itu susulan kritikan daripada pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terhadap kenyataan Pengerusi PKR, Datuk Mustapha Sakmud.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Ahmad Farid Sainuri berkata, kenyataan Mustapha adalah berdasarkan respons yang dibuat Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir pada 14 Ogos lalu.

“Dalam responsnya (Mustapha) hanya menyatakan kegusaran beliau kepada pandangan tersebut dan bukannya meletakkan GRS sebagai liabiliti dalam kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri yang bakal menjelang.

“Fakta utama yang dinyatakan tapi gagal difahami ialah bagaimana komitmen PKR Sabah dalam memastikan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Justeru katanya, kerjasama baik antara PH dan GRS yang perlu dipertahankan dan bukannya mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pimpinan GRS sepatutnya bersyukur dengan komitmen Perdana Menteri dan PH Sabah yang telah menyelamatkan Kerajaan Negeri daripada bertukar disebabkan Langkah Kinabalu sebelum ini.

“PKR Sabah amat menghormati kepimpinan Ketua Menteri dan menghargai kerjasama baik antara GRS-PH, namun janganlah pandangan kami disalah erti hanya kerana laporan media yang kadangkala tidak menggambarkan intipati suara hati sebenar,” ujarnya.

Dalam pada itu, PKR Sabah juga menggesa agar perundingan kerusi dapat dimuktamadkan segera dengan adil dan strategik.

“Pendekatan berunding mestilah bersama pimpinan PH Sabah dan bukannya dengan parti-parti komponen saja,” tambahnya.

Related Posts

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu beralih daripada pendekatan pemberian bantuan kepada usaha membina keupayaan ekonomi rakyat dan negeri secara lebih menyeluruh serta berterusan. Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang tidak lagi terikat sepenuhnya kepada pemilik berdaftar merupakan langkah positif kerana lebih menepati realiti penggunaan kenderaan di Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China