United tewas aksi pertama EPL di Old Trafford

MANCHESTER United lebih mendominasi perlawanan tetapi Arsenal pulang dengan tiga mata dari Old Trafford hasil tandukan babak pertama Riccardo Calafiori serta beberapa aksi penyelamat penting oleh David Raya.

Gol susulan sepakan sudut daripada Calafiori menjadi pemisah, namun Raya memastikan Arsenal mengekalkan kelebihan itu dengan deretan aksi cemerlang.

Penjaga gol Sepanyol itu – yang dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan – melakukan beberapa tindakan penyelamat penting, termasuk menafikan percubaan Matheus Cunha pada babak pertama.

Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan itu, Raya mengakui prestasi Arsenal jauh daripada tahap sebenar mereka.

“Kualiti tidak ada, kami tidak bermain dengan baik ketika menguasai bola, dari segi pertahanan pun kami tidak berada pada tahap terbaik, jadi ia memang satu perlawanan penuh pertarungan.

“Kami dapat satu gol pada babak pertama melalui sepakan sudut dan selepas itu kami bertahan hingga ke akhir.

“Pujian buat rakan sepasukan. Akhirnya kami kekalkan gawang tidak bolos. Kami tahu kami boleh sahaja kalah, tetapi bola sepak memang begini dan pada hari-hari macam ini, tiga mata itu yang paling penting.”

Mengenai tindakan penyelamat paling menonjol, Raya merendah diri.

“Menafikan (cubaan) Cunha (pada babak pertama), saya rasa. Ia sukar, saya sendiri tidak tahu bagaimana saya menyelamatkannya.

“Ia dekat sangat dengan kaki saya. Saya gembira dapat bantu pasukan dan bawa pulang tiga mata, itu yang utama.”

Bagi Calafiori, jaringan itu membawa makna besar, meskipun fokusnya tetap kepada kemenangan pasukan.

“Seperti biasa, kami banyak berlatih set-piece dan hari ini kami tunjukkan hasilnya. Setiap musim, saya rasa kami perlu terus perbaiki sebanyak mungkin, kami kena teruskan sebegitu.”

Pemain Itali itu turut menekankan persaingan sihat dalam skuad kendalian Mikel Arteta.

“Kalau kami mahu bersaing di tahap lebih tinggi, kami perlu kuat di setiap posisi.

“Sudah tentu rakan sepasukan saya bersedia untuk bermain. Bukan mudah untuk beraksi setiap perlawanan, tetapi mempunyai skuad yang baik akan membantu meningkatkan tahap permainan kami. Kami cuma perlu teruskan.

“Mudah-mudahan saya akan bermain banyak perlawanan. Jika tidak, ada rakan lain yang akan bermain dan mungkin dia akan buat lebih baik lagi.”

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama