Pelajar kolej dibunuh, mayat tergantung pada kipas

POLIS mengesahkan kematian seorang pelajar kolej yang ditemui tergantung pada kipas di ruang tamu kediamannya di USJ 2/1 di Subang Jaya pada Khamis lalu akibat dibunuh.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, bedah siasat yang dijalankan oleh pakar patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa adalah pendarahan di sekeliling tulang leher (hyoid bone).

“Pakar patologi juga mendapati kecederaan yang terjadi pada otot dan tulang mangsa adalah akibat ‘manual strangulation’ (cekik).

“Berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat dan motif kejadian.

Sebelum itu, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima panggilan pada jam 11.55 pagi memaklumkan seorang wanita berusia lingkungan 20-an ditemui tergantung pada kipas di rumahnya.

Wan Azlan menjelaskan, pemanggil adalah bapa mangsa yang menghubungi pihak polis selepas menemui anaknya dalam keadaan tergantung pada kipas di ruang tamu di tingkat dua rumah terbabit.

“Pembantu perubatan yang ke lokasi kejadian kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Wan Azlan turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu di media sosial.

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil memberi kerjasama melalui talian 03-278627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Zainol Aazizi Abu Bakar di talian 013-3227632,” katanya.

Related Posts

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwa AI jejas peluang kerja tidak tepat

KUANTAN – Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak wajar dilihat sebagai ancaman yang menggugat peluang pekerjaan rakyat, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti industri negara. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman