Asingkan isu politik dan perundangan – Ahmad Zahid

PASIR SALAK – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sebarang isu membabitkan pemimpin parti perlu ditangani secara bijaksana dengan memisahkan urusan politik daripada tindakan perundangan demi menjaga kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perkara yang jelas melanggar undang-undang wajar diserahkan kepada pihak berkuasa, manakala pertikaian politik seharusnya diselesaikan melalui saluran parti tanpa mencampuradukkan kedua-duanya.

“Dalam keadaan ini, ada garis pemisah yang mesti dihormati. Jika berlaku pelanggaran undang-undang, tindakan perundangan perlu diambil.

“Namun, isu politik hendaklah ditangani secara politik tanpa menggugat kesepaduan 18 parti dalam Kerajaan MADANI. Kita mesti mengasingkan soal politik dan perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Santunan Desa bersama JPKK dan Komuniti KEMAS di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak, pada Ahad.

Ahmad Zahid mengulas gesaan Pemuda DAP Pulau Pinang yang mahu kepimpinan parti itu memutuskan hubungan politik dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, susulan tindakannya mengadakan protes berhubung pemasangan Jalur Gemilang terbalik yang didakwa bersifat provokasi.

Menurut Ahmad Zahid, kepimpinan UMNO sudah menetapkan pendirian dan individu terlibat perlu mematuhinya agar tidak berdepan tindakan penguatkuasaan.

“Keputusan parti mesti dihormati demi menjaga toleransi dengan rakan gabungan.

“Jangan kejar populariti sehingga merosakkan hubungan baik sesama pemimpin, apatah lagi di peringkat akar umbi,” katanya.

Kenyataan Pemuda DAP Pulau Pinang dibuat sehari selepas Dr Muhamad Akmal mengetuai protes di hadapan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang yang menggantung Jalur Gemilang secara terbalik.

Dr Muhamad Akmal sebelum ini menegaskan tindakannya tidak boleh dipisahkan daripada UMNO kerana beliau bertindak atas kapasiti Ketua Pemuda parti itu.

Pendiriannya dilihat memberi isyarat bahawa sebarang tindakan terhadap dirinya boleh mempengaruhi hubungan politik antara DAP dan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Related Posts

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara