Ribuan warga Perak turun padang solidariti Justice for Zara

IPOH – Himpunan Justice for Zara anjuran Sekteriat Mahasiswa Bertindak Justice for Zara Negeri Perak dihadiri ribuan warga Perak berpakaian hitam yang berlangsung dengan aman di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini pada malam Sabtu.

Penyelaras Program, Azamuddin Hawari berkata, himpunan itu dianjurkan bagi menyuarakan harapan rakyat agar siasatan terhadap kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, dijalankan secara telus.

“Himpunan ini adalah solidariti kami dalam menuntut keadilan atas kematian Allahyarham Zara.

“Kita lihat kes Zara Qairina masih belum selesai hingga mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat bermula dari Sabah hingga ke Perak,” katanya.

Program yang bermula jam 9 malam itu dimulakan dengan solat hajat dan bacaan doa, sebelum beberapa mahasiswa tampil berucap memberikan sokongan dan solidariti kepada Allahyarham.

Peserta turut meluangkan takbir ‘Allahu Akbar’ dan mengangkat plakad serta sepanduk tertera ‘Justice for Zara’, ‘Kami Mahu Keadilan Untuk Adik Zara’, ‘Keadilan Bukan Untuk Didiamkan’, ‘Hentikan Buli Sekarang’ dan Keadilan Adalah Untuk Ditegakkan’.

Difahamkan, himpunan serentak turut berlangsung di Menara Condong, Teluk Intan.

Mengulas lanjut, Azamuddin berkata, himpunan sama dijangka akan diteruskan pada malam ambang Merdeka hujung bulan ini.

Ujarnya, himpunan itu nanti akan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar