Warga emas maut dilanggar Myvi ketika berjalan kaki di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah Perodua Myvi ketika berjalan kaki di bahu jalan di Laluan Chandan Puteri, di sini, malam Sabtu.

Mangsa berusia 81 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.21 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba jam 9.30 malam, anggota mendapati seorang wanita berada di bawah kenderaan yang terlibat.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, Ketua Operasi melaksanakan penilaian awal (size-up) dan mengaplikasikan Konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota menggunakan peralatan khas, termasuk air lifting bag dan pengusung (stretcher), untuk mengeluarkan mangsa.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi penyelamatan ditamatkan pada jam 10.04 malam.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar