Hormati Jalur Gemilang, pelihara adab dan tertib kibar bendera – Saarani

IPOH – Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai bendera, tetapi lambang maruah, sejarah, dan masa depan negara yang wajib dijulang dengan penuh tertib serta rasa hormat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menegaskan bahawa pengibaran bendera negara tidak boleh dilakukan secara sambil lewa, sebaliknya perlu disertai kesedaran tinggi tentang maknanya sebagai simbol kedaulatan negara.

“Jangan terbalik, jangan dibiarkan lusuh atau koyak. Jika ada kesilapan pemasangan, sama-sama kita betulkan. Jika ada yang tidak tahu, kita beri penjelasan. Inilah tanda rakyat yang cakna dan peduli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini, malam Jumaat.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia, Rubaayah Osman; serta Pengarah Jabatan Penerangan Perak, Yosri Abu Mahsin.

Saarani menambah, Jalur Gemilang adalah wajah negara yang mencerminkan semangat kemerdekaan setiap kali ia berkibar.

“Jagalah kemuliaannya sebagaimana kita menjaga nama baik diri, keluarga dan negara. Di bawah panji ini kita bersatu, berjuang dan melangkah membina masa depan,” ujarnya.

Beliau turut mengajak rakyat menjadikan sambutan Bulan Kemerdekaan sebagai ikrar untuk terus memelihara keamanan, memupuk perpaduan dan membangunkan negara dengan seluruh daya serta upaya.

“Jangan biarkan kemerdekaan ini hanya tercatat pada tarikh di kalendar, tetapi biarlah ia hidup di setiap denyut nadi kita.

“Dengan nikmat keamanan ini, ia akan menjadikan kita insan yang selalu bersyukur,” jelasnya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP