Pemilikan Petronas kekal milik kerajaan Persekutuan – Azalina

KERAJAAN Persekutuan mengekalkan pemilikan penuh terhadap syarikat minyak dan gas negara, Petronas, namun terus komited memperkukuh penyertaan negeri-negeri melalui pelbagai bentuk kerjasama strategik serta penglibatan dalam rantaian nilai industri petroleum negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Petronas kekal dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, selaras dengan peranannya sebagai syarikat minyak dan gas nasional.

“Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) mengamanahkan Petronas dengan pemunyaan mengenai petroleum serta hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk meneroka, mengurus dan membangunkan sumber petroleum negara, sama ada di daratan, di pesisir pantai mahupun di luar pesisir pantai Malaysia,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian melalui jawapan bertulis yang disiarkan di portal rasmi Dewan Rakyat hari ini, sebagai maklum balas terhadap pertanyaan Datuk Seri Jeffrey Gapari Kitingan (GRS–Keningau).

Jeffrey dalam soalannya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pengagihan 50 peratus saham pemilikan dalam Petronas kepada wilayah-wilayah serta negeri-negeri pengeluar minyak dan gas, iaitu Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan, sebagai langkah memperkukuh struktur Persekutuan Malaysia serta meredakan ketegangan politik berkaitan hak minyak dan gas.

Mengulas lanjut, Azalina menegaskan bahawa meskipun pemilikan Petronas kekal berpusat di bawah kerajaan Persekutuan, pendekatan inklusif yang sedang dilaksanakan membolehkan negeri-negeri pengeluar menerima manfaat langsung daripada industri petroleum.

Antara bentuk manfaat tersebut termasuklah bayaran tunai kepada negeri, pelaksanaan projek bersama, serta penglibatan dalam inisiatif komersial dan kerjasama strategik.

Jelasnya, hasil keseluruhan daripada sektor petroleum ini turut diagihkan secara saksama ke seluruh negara, selaras dengan keperluan pembangunan nasional.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh