UNIMAS catat sejarah universiti awam pertama wujudkan Digital Experience Hub

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta sejarah apabila menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang membentuk UNIMAS Digital Experience Hub dengan kerjasama Google for Education.

Pusat digital berimpak tinggi yang beroperasi di Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (PeTARY) itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UNIMAS untuk memperkukuh agenda transformasi digitalnya.

UNIMAS Digital Experience Hub dibangunkan sebagai platform inovatif untuk memperluas manfaat teknologi kepada warga universiti, komuniti setempat serta ke peringkat nasional dan antarabangsa.

UNIMAS menerusi kenyataan hari ini berkata, antara fokus utama ialah penyediaan modul latihan bersijil yang bukan sahaja memanfaatkan pelajar dan staf, malah terbuka kepada masyarakat luar dengan sasaran menjadikan UNIMAS sebagai Google Reference University di rantau ini.

“Inisiatif Grab-and-Go Chrome turut diperkenalkan bagi meningkatkan kebolehcapaian kepada ekosistem Google secara fleksibel dan berskala besar, khususnya bagi menyokong pelajar daripada golongan B40”, kata kenyataan itu.

Sementara itu, Digital Solutions Space diwujudkan untuk mempamerkan produk serta inovasi digital UNIMAS, termasuk penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menyokong aspirasi ekonomi digital Sarawak, di samping pembangunan teknologi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dengan kewujudan pusat ini, UNIMAS mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi progresif yang berorientasikan digital, sekali gus memperkayakan pengalaman pembelajaran, memperkasakan kompetensi dan memberi impak positif kepada komuniti lebih luas.

Langkah strategik ini juga membuka peluang kepada UNIMAS untuk terus memimpin transformasi digital negara, memupuk inovasi serta menyumbang kepada pertumbuhan teknologi yang mampan.

Related Posts

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

TENOM – Mahkamah hari ini memerintahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, membela diri terhadap kesemua 11 pertuduhan selepas mendapati wujudnya kes prima facie terhadapnya.‎‎Peguam bela, Datuk Ram Singh berkata, keputusan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

TAWAU – Satu inisiatif menyeluruh daripada kerajaan termasuk penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta digesa menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan terutamanya dalam bidang kemahiran. Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia