Dua pelajar perempuan mengaku tidak bersalah cederakan, kurung rakan dalam tandas sekolah

SUNGAI PETANI – Dua pelajar perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengurung secara salah rakan mereka di tandas sekolah bulan lalu.

Pengakuan itu dibuat kedua-dua pelajar Tingkatan Satu di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri ketika pertuduhan dibacakan secara bersama.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang rakan sebaya pada kira-kira jam 6.40 petang di sebuah sekolah menengah di daerah ini pada 14 Julai lalu.

Oleh yang demikian, kedua-dua remaja itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan sengaja mengurung mangsa sama secara salah pada masa dan tarikh yang sama.

Akibat perbuatan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Nor, memohon jaminan sebanyak RM4,000 namun peguam kedua-dua remaja, N Nagaratnam meminta agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan mereka masih bersekolah selain bekerjasama baik dengan pihak polis serta ibu bapa sebagai penjamin.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin serta syarat tidak mengganggu mangsa.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu ditemui dikurung dalam tandas sekolah dalam keadaan tangan dan kaki diikat.

Kejadian disedari ibu mangsa yang membuat pencarian setelah anaknya tidak muncul di pagar sekolah selepas tamat waktu persekolahan pada kira-kira jam 6.30 petang.

Related Posts

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

KUALA LUMPUR- Pembanterasan rasuah dan salah guna kuasa memerlukan sistem yang telus serta kepimpinan yang tegas, bukan sekadar bergantung kepada penguatkuasaan semata-mata. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menentukan pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menerajui suruhanjaya itu. Baginda bertitah, kedudukan berkenaan amat signifikan dalam memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz