Saya tidak akan berhenti berjuang demi keadilan, keselamatan anak-anak – Nurul Izzah

KOTA KINABALU – “Saya tidak akan berhenti memperjuangkan sehingga orang yang bertanggungjawab menerima hukuman yang setimpal serta persekitaran yang selamat untuk anak-anak kita,” kata Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

“Kita akan terus mengikuti dan memantau dengan rapat setiap perkembangan kes ini kerana setiap anak berhak untuk membesar dalam persekitaran yang selamat, bebas daripada ketakutan dan ancaman.

“Ini adalah tanggungjawab kita bersama untuk terus cakna, melindungi, dan memastikan tragedi seperti ini tidak berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Rabu.

Ia susulan daripada kes pemergian tragis Allahyarhamah Zara Qairina Marathir, pelajar Tingkatan 1 yang dilaporkan jatuh dari tingkat 3 bangunan Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Julai lepas.

Menurut Izzah, beliau mengikut rapat perkembangan kes itu dan akhirnya berpeluang bertemu dengan ibu Zara, Noraidah Lamat secara bersemuka.

Jelasnya, dua minggu lepas, beliau terbang ke Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur untuk bertemu namun, ibu Zara masih belum bersedia untuk berjumpa.

“Saya tidak memaksa, tetapi syukur hari ini saya diberi ruang untuk menyampaikan takziah kepadanya secara bersemuka.

“Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya pergi tak kembali. Sebagai seorang ibu, saya benar-benar merasa kesedihan yang ditanggung oleh ibu kepada adik Zara.

“Dia hanya mahu melihat Zara membesar seperti biasa, sihat dan ceria,” katanya.

Beliau turut menyifatkan Zara sebagai anak yang sopan, berakhlak mulia dan berpegang teguh pada ajaran agama.

“Zara seperti anak kita semua. Pemergian Zara telah menyatukan kita semua merentasi sempadan dan perbezaan,” katanya.

Beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus berdoa, berusaha dan bertawakal demi keadilan serta kebenaran agar roh Zara ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Related Posts

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperhalusi kaedah penyampaian maklumat berkaitan krisis Asia Barat kepada bakal jemaah haji menerusi perbincangan teknikal antara Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan sekatan akses akaun media sosial bagi pengguna berusia bawah 16 tahun yang dijangka dilaksanakan seawal hujung Jun ini. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan