Semua permohonan pasukan guaman keluarga Zara dipenuhi, inkues akan dijalankan

KOTA KINABALU – Pasukan guaman keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menyatakan semua permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) telah dipenuhi, termasuk keputusan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca kematian pelajar itu.

Menerusi kenyataan bersama, peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi merakamkan penghargaan kepada AGC atas keputusan tersebut yang selaras dengan peruntukan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Inkues itu bertujuan mengenal pasti punca dan sebab kematian Zara, termasuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.

“Menerusi keputusan ini, semua perkara yang kami mohon Jabatan Peguam Negara dalam surat bertarikh 5 Ogos telah dipenuhi.

“Kami berharap prosiding inkues akan berjalan lancar dan tamat dalam masa yang singkat.

“Keadilan bagi Zara adalah matlamat utama kami dalam semua tindakan yang kami lakukan,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Mereka turut memaklumkan akan memohon kepada koroner supaya diberi peluang terlibat dalam prosiding inkues berkenaan.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas