Keunikan seni bina Masjid Al Madiatul Husna pukau pelancong

SIBU – Keunikan seni bina dan hiasan dalaman Masjid Al Madiatul Husna yang terletak di Sibu Jaya berjaya memukau perhatian ramai pengunjung termasuk pelancong asing.

Masjid yang dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari pada Mac lalu menjadi simbolik kepada keindahan seni bina Islam yang berasimilasikan unsur kreatif seperti motif bunga-bungaan.

Timbalan Pengerusi Masjid Arifin Johari berkata masjid tersebut bukan sahaja menerima kehadiran jemaah tempatan, bahkan turut menjadi medan persinggahan pelancong luar negara seperti dari negara Brunei dan Australia yang turut mengambil kesempatan untuk mengambil gambar masjid tersebut kerana kagum dengan keunikan seni binanya.

“Saya bangga dan gembira dengan pembinaan masjid ini. Masjid ini dibina dengan kos sebanyak RM 33 juta,” katanya ketika ditemui pada Khamis.

Tambah beliau, masjid tersebut turut menyediakan khidmat sewaan dewan kepada masyarakat untuk menganjurkan pelbagai program seperti program derma darah sehinggalah majlis perkahwinan.

Ujarnya, dewan masjid tersebut sangat sesuai untuk pengelolaan pelbagai program kemasyarakatan kerana dicukupi dengan fasiliti yang lengkap.

Arifin juga berharap agar masjid ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan rapi untuk mengekalkan fungsinya sebagai pendukung kepada kemaslahatan dan keselesaan penduduk Muslim tempatan.

  • Related Posts

    BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

    JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    ‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

    BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

    Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

    Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

    Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

    Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

    Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

    BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

    BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

    Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

    Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

    FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

    FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka