Nombor pendaftaran SIS dibuka sempena Jubli Perak pemerintahan Sultan Selangor

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri “SIS” sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 2026.

JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siri “SIS” merupakan singkatan kepada Sultan Idris Shah menandakan penghormatan kepada Sultan Selangor kesembilan dan meraikan pemerintahan baginda sejak 2001 mula dibuka bidaan bermula 15 Ogos dan berakhir pada 19 Ogos.

JPJ memaklumkan, bidaan akan dijalankan secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid mengikut terma dan syarat sedia ada.

“NPI ‘SIS’ akan mula dibuka untuk bidaan kepada orang awam pada 15 Ogos (Jumaat) dan tarikh tutup pada 19 Ogos (Selasa) pada 10 malam,” menurut kenyataan itu.

JPJ turut memaklumkan, keputusan bidaan ialah pada 20 Ogos (Rabu).

“Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Istana Selangor memaklumkan bidaan NPI itu juga bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-80 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Disember.

Menurut hantaran itu, kaedah penawaran secara bidaan itu tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid, manakala harga bidaan mengikut harga minima yang telah ditetapkan JPJ.

“JPJ akan menjadi satu-satunya entiti yang akan menguruskan penjualan NPI ini dan tiada pihak ketiga terlibat dalam proses berkaitan,” menurut hantaran itu.

Related Posts

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

SIBU – Niat untuk menyertai lelongan barangan antik membawa padah apabila seorang pengarah syarikat pembinaan kerugian RM222,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan tidak wujud secara dalam talian. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan