Maggi sumbang RM15,000 kepada PACOS Trust, perkasa komuniti wanita asal Sabah

PENAMPANG – Peraduan Jom Masak dan Menang bersama Maggi menyumbangkan dana sebanyak RM15,000 kepada Partners of Community Organisations Trust (PACOS Trust) bagi memperkasa komuniti asal tempatan, khususnya golongan wanita.

Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa, Datuk Jannie Lasimbang berkata, peraduan anjuran Maggi bukan sahaja memberi peluang kepada peserta memenangi hadiah menarik, malah turut menyumbang kepada pembangunan komuniti melalui dana yang disumbangkan.

“Walaupun hanya 10 sen setiap penyertaan, ia membawa makna yang besar kepada komuniti dan ianya amat kami hargai,” katanya ketika merasmikan Pertandingan Akhir Jom Masak dan Menang bersama Maggi, di sini, pada Ahad.

Jannie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan turut merakamkan penghargaan kepada pihak Maggi kerana memilih Penampang sebagai lokasi penganjuran program yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Sementara itu, Pengerusi PACOS Trust, Anne Lasimbang, menyifatkan sumbangan RM15,000 itu sebagai sangat bermakna dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan wanita dan belia komuniti asal.

“Dana ini akan digunakan untuk menjalankan latihan keusahawanan, termasuk dalam perusahaan komuniti, pemprosesan makanan dan penjualan produk khususnya melibatkan wanita dan anak muda yang tercicir dari sistem persekolahan,” katanya.

Menurut Anne, program latihan ini bertujuan membantu komuniti meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga, sekali gus memberi peluang anak-anak mereka mendapat pendidikan lebih baik pada masa depan.

“Kami amat menghargai sokongan korporat seperti Maggi dan berharap kerjasama ini akan berterusan. Ia memberi peluang sebenar kepada komuniti untuk berdikari dan membina kehidupan yang lebih baik,” tambahnya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu