Lebih 5,000 banjiri Padang Sipitang tuntut keadilan untuk Zara Qairina

SIPITANG – Lebih 5,000 orang membanjiri Padang Sipitang bagi menghadiri Himpunan Aman Solidariti sebagai tanda sokongan dan tuntutan keadilan untuk Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Wakil penganjur, Dayang Nor Syafiqah Abdul Hamid berkata, himpunan itu diadakan bagi menuntut ketelusan dan keadilan dalam siasatan berhubung kematian Zara.

“Saya mengharapkan satu keputusan yang telus memandangkan kita semua maklum bahawa sekarang sedang diadakan post-mortem berkaitan Allayarhamah Zara.

“Semoga keputusan nanti telus dan adil untuk adik Zara,” katanya ketika ditemui media semasa himpunan berkenaan pada Ahad.

Menurutnya, Sipitang merupakan tempat kelahiran dan lokasi Allayarhamah Zara membesar sebelum ini dan himpunan berupaya menarik kehadiran orang ramai dari pelbagai kawasan.

“Saya menjangkakan ada yang hadir daripada Brunei, Sarawak dan Johor untuk sama-sama berhimpun di Padang Sipitang pada hari ini,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

KANOWIT – Komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir menjelang musim perayaan diterjemahkan menerusi penganjuran Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2026 yang meraikan 100 penerima pada Selasa. Inisiatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

LIMBANG – Keprihatinan kerajaan terhadap mangsa musibah diterjemahkan menerusi penyaluran peruntukan RM3.018 juta bagi membina semula kediaman di Rumah Panjang Rantau Kiran yang musnah dalam kebakaran pada 25 Januari 2023.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya

  • By Ynom
  • May 26, 2026
JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya