89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 44 32 115 101 109 97 115 97 32 77 97 106 108 105 115 32 80 101 110 117 116 117 112 97 110 32 100 97 110 32 80 101 110 121 97 109 112 97 105 97 110 32 72 97 100 105 97 104 32 77 97 106 108 105 115 32 84 105 108 97 119 97 104 32 100 97 110 32 72 97 102 97 122 97 110 32 65 108 45 81 117 114 97 110 32 80 101 114 105 110 103 107 97 116 32 65 110 116 97 114 9
PUTRAJAYA – Malaysia mencipta kejayaan gemilang dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 apabila qari dan qariah negara dinobatkan sebagai juara dalam kategori masing-masing malam tadi.
Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai johan kategori qari selepas meraih markah 97.01 peratus mengatasi peserta Indonesia Ahmad Azroi Hasibuan (95.13 peratus) serta wakil Turkiye, Muhammed Yahya Yildizhan (93.88 peratus), yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori qariah, Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi mengharumkan nama negara apabila mencatat markah sebanyak 95.88 peratus bagi mengatasi peserta Maghribi, Fatima Zahra Assafar (89.38 peratus) dan wakil Indonesia, Nur Rahmiyatin Adhya (87.59 peratus).

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis penutup yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Hadir sama Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Imam Masjid Nabawi, Madinah Sheikh Dr Salah Muhammad Al-Budair.
Bagi kategori hafazan lelaki, Usamah Barghouth dari Jerman muncul juara dengan markah 98.25 peratus diikuti Mohammad Abdullah Masasati dari Syria (98.01 peratus) dan tempat ketiga, Mohammad Jamil Farhat dari India (97.25 peratus).

Peserta Syria, Tasneem Arian Omar pula muncul johan bagi kategori hafazan wanita dengan markah 97.5 peratus diikuti Putri Auni Khadijah dari Malaysia di tempat kedua (96.75 peratus) dan ketiga ialah Najway Ali Zaydan Alkourbu dari Libya (95.51 peratus).
Johan bagi kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 berserta barangan kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, hadiah iringan dan sijil penghargaan.


