Ahmad Maslan cadang Gua Musang dipecahkan 3 parlimen

GUA MUSANG – Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar Gua Musang dipecahkan kepada tiga parlimen bagi mengecilkan Dun Nenggiri yang terlalu luas.

Kata Ahmad, keluasan Nenggiri yang luasnya dua kali ganda negeri Melaka itu jika dipecahkan dapat memudahkan ADUN bertugas di kawasan berkenaan untuk mejalankan tanggungjawab demi rakyat di kawasan tersebut.

“Saya rasa tempat (Nenggiri) yang sangat luas… saya rasa keluasan terlalu besar… saya ingin mengesyorkan jika ada pecahan sempadan saya ingin mencadangkan supaya Gua Musang boleh jadi tiga parlimen.

“Nenggiri mungkin boleh dipecahkan lagi dua Dun, Gua Musang pun mungkin boleh dipecahkan dua… ini memudahkan ADUN yang menjaga kawasan ini sebab ia terllau luas,” katanya pada sidang media yang diadakan selepas meninjau tapak projek pembaikan cerun di Jalan Limau Kasturi-Bertam Baru, Gua Musang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai PRK Nenggiri beliau berpuas hati dengan peratusan yang dicapai setakat ini bagaimanapun beliau mengingatkan agar jentera meneruskan tugas sehingga semuanya selesai.

Beliau juga mengingatkan agar jentera bertugas memberi bantuan dengan sebaiknya termasuk mebantu pengundi yang mempunyai masalah tiada kenderaan dengan membawa mereka untuk keluar mengundi.

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik