Lelaki dicekup, disyaki terlibat pecah rumah dan kehilangan senjata api di Sebetan

SARATOK – Seorang lelaki tempatan diberkas polis selepas disyaki terlibat dalam kes pecah rumah yang turut melibatkan kehilangan senjata api berdaftar di Bukit Kumpang, Sebetan pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kejadian berlaku pada 13 Julai lalu apabila mangsa, seorang peniaga sayur dikenali sebagai John Guang, 68, pulang ke rumah dan mendapati pintu utama diumpil serta keadaan dalam rumah berselerak.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati senapang patah jenis STEVEN bernombor siri M16 dan sebuah tong gas telah hilang. Anggaran kerugian keseluruhan berjumlah RM5,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bertindak atas maklumat, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok telah menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah rumah panjang di Awik pada 5 Ogos lalu.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, selain turut mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, siasatan membawa kepada penemuan senjata api tersebut yang telah dileraikan dan disorok dalam sebuah guni di kawasan semak berhampiran tiang elektrik di Batu 3, Jalan Roban Lama.

Turut ditemui dalam serbuan ialah komponen lengkap senapang patah, tong gas MyGaz seberat 14kg, serta guni bertanda MPOB yang digunakan untuk menyembunyikan barangan tersebut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah serta Seksyen 35 Akta Senjata 1960 kerana pemilikan senjata api tanpa kebenaran.

Foto: IPD Saratok

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63