Sarawak promosi pembelajaran sepanjang hayat, tolak usul Rafizi tamatkan persekolahan seawal 16 tahun

KUCHING – Cadangan supaya tempoh persekolahan tamat pada usia 16 tahun bagi membolehkan pelajar lebih awal memasuki pasaran pekerjaan mendapat reaksi pelbagai pihak, termasuk penolakan daripada kerajaan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, menegaskan tiada keperluan untuk membincangkan cadangan tamat persekolahan pada umur 16 tahun pada masa ini.

Menurutnya, kerajaan Sarawak lebih memberi tumpuan kepada promosi pendidikan sepanjang hayat serta menggalakkan rakyat untuk terus belajar dan meningkatkan kemahiran sejajar dengan perkembangan industri semasa.

“Kami di Sarawak melihat pendidikan sepanjang hayat sebagai keutamaan. Orang ramai perlu terus belajar dan menambah ilmu bagi memastikan mereka kekal relevan dalam arus pembangunan industri,” jelasnya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Inovasi dan Teknologi (TECHON) 2025 di Kuching pada Rabu

Cadangan penetapan umur tamat persekolahan pada 16 tahun dilihat bertujuan mempercepatkan kemasukan tenaga muda ke pasaran pekerjaan, namun kerajaan Sarawak menegaskan kepentingan pendidikan berterusan dan peningkatan kemahiran agar rakyat sentiasa bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Sebelum ini, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sebelum ini mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penetapan umur tamat persekolahan pada 16 tahun. 

Menurut beliau, langkah itu akan membolehkan anak muda mula bekerja seawal usia 21 tahun, sekali gus dapat menangani isu negara menua serta mempercepat kemasukan tenaga muda ke dalam sektor pekerjaan.

Dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, Rafizi menegaskan bahawa tumpuan utama kerajaan perlu diberikan kepada aspek pendidikan, khususnya pendidikan prasekolah universal bagi kanak-kanak seawal usia 5 tahun. 

Tegasnya, pembangunan awal kanak-kanak sangat penting kerana kualiti pendidikan peringkat awal akan mempengaruhi perkembangan pelajar ke peringkat seterusnya.

“Kerajaan komited untuk memastikan perkhidmatan prasekolah universal dapat dilaksanakan di seluruh negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global