Sarawak, Sabah terus diperkasa sebagai hab tenaga serantau – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan penuh untuk terus memperkasa peranan Sarawak dan Sabah sebagai hab tenaga utama di rantau ini, selaras dengan agenda memperkukuh daya saing ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, usaha yang dilaksanakan kedua-dua negeri berpotensi menjadikan Malaysia peneraju dalam sektor tenaga, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pembangunan di Sabah dan Sarawak. 

“Kerajaan sentiasa menyokong inisiatif Sarawak yang kini bergerak aktif ke arah menjadi hab tenaga serantau. Sabah turut mendapat perhatian sewajarnya dalam strategi baharu pembangunan ekonomi negara,” katanya ketika sesi pertanyaan di Dewan Rakyat pada Selasa. 

Beliau turut menambah, komitmen kerajaan tidak hanya tertumpu kepada pengembangan industri tenaga, bahkan turut menitikberatkan kesejahteraan rakyat menerusi pelaksanaan dasar inklusif dan pelbagai inisiatif memperkasa Bumiputera, termasuk menerusi pelaksanaan PuTERA 35 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Inisiatif ini dirangka khusus bagi meningkatkan taraf hidup, khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan dan terpinggir, tanpa meminggirkan hak mana-mana kaum,” ujarnya.

Anwar berkata, kerajaan akan terus memastikan keseimbangan pembangunan antara wilayah, dengan penekanan terhadap potensi besar yang dimiliki Sarawak dan Sabah dalam sektor tenaga.

Katanya lagi, segala langkah yang diambil bertujuan memastikan manfaat hasil pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh, khususnya oleh komuniti tempatan yang memainkan peranan penting dalam landskap ekonomi negara.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu