Tuduhan tidak berasas, PM nyata komitmen RMK13 terhadap Bumiputera

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tuduhan pihak pembangkang yang mendakwa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) tidak memberikan tumpuan kepada pembangunan Bumiputera, dan menyifatkan dakwaan itu sebagai bukti bahawa dokumen berkenaan tidak diteliti dengan sewajarnya.

Anwar berkata, RMK13 secara jelas memperuntukkan perbelanjaan antara yang tertinggi bagi pembangunan Bumiputera, termasuk menerusi pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

“RMK13 ini harus ditelaah oleh semua. Jika tidak, (akan timbul dakwaan seperti) Kampung Baru Cina diberi peruntukan, tetapi Bumiputera tiada.

“Jika baca, langkah PuTERA35 itu, perbelanjaan untuk Bumiputera adalah antara yang tertinggi, termasuk rizab Melayu di Bandar Malaysia. Belum pernah sejak merdeka.

“Ini Kerajaan MADANI saja berani buat. Sebelum ini tiada, walaupun (pembangkang) uar-uarkan mengenai Melayu, bukan main bunyi berdentum dentam,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Datuk Awang Solahuddin Hashim (PN–Pendang) ketika mencelah perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mendakwa bahawa RMK13 tidak memberi fokus kepada pembangunan Bumiputera, sebaliknya lebih tertumpu kepada perkampungan baharu Cina.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menjelaskan bahawa PuTERA35 merupakan antara inisiatif utama di bawah RMK13 yang menumpukan strategi 3P, iaitu penyertaan yang meluas, pemilikan yang bermakna dan penguasaan dalam sektor strategik.

Selain itu, usaha turut dipergiat untuk mempersiapkan syarikat Bumiputera agar berdaya saing dan bersedia disenaraikan di Bursa Malaysia, antaranya menerusi konsep perlumbaan ‘relay’, yang bertujuan memperkasakan serta memperbanyakkan bilangan usahawan Bumiputera bermula dari peringkat syarikat baharu sehinggalah menjadi syarikat tersenarai.

Related Posts

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

JELEBU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen termasuk dakwaan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos