Sekolah, KPM tidak boleh lepas tangan isu Jalur Gemilang terbalik – Akmal Saleh

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berpendapat bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak sekolah yang didakwa membenarkan seorang pekerja orang kurang upaya (OKU) memasang Jalur Gemilang secara terbalik tanpa sebarang pengawasan.

Menurut Akmal, insiden berkenaan tidak seharusnya dipandang ringan kerana melibatkan sensitiviti patriotisme dan penghormatan terhadap simbol kebangsaan.

“Kenapa pekerja OKU diberikan tanggungjawab memasang bendera jika sudah tahu dia adalah seorang OKU dan bukannya pekerja lain?

“Kita tidak mahu alasan OKU atau orang kurang siuman menjadi alasan utama lagi jika perkara ini berulang kembali,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Insiden tersebut berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua pada Sabtu lalu, kemudiannya telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengelola dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa turut memaklumkan bahawa beliau telah menyelaras perbincangan antara pihak sekolah, Lembaga Pengelola dan PIBG pada hari kejadian, dan menyifatkan isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.

Bagaimanapun, Akmal menegaskan bahawa isu tersebut bukan hanya melibatkan individu yang melakukan kesalahan, sebaliknya mencerminkan kecuaian pihak pengurusan dalam memastikan Jalur Gemilang diperlakukan dengan sewajarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

“Saya harap KPM juga mengambil perkara ini dengan serius agar ia menjadi pengajaran buat semua.

“Saya juga mendesak agar kementerian siasat siapakah OKU tersebut, adakah OKU fizikal ataupun mental?

“Jika individu itu adalah OKU mental, adakah dia dibenarkan bekerja di dalam premis sekolah?” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Ahli Parlimen Merlimau turut menempelak tindakan segelintir ahli politik yang didakwa cuba mengalihkan perhatian daripada isu sebenar dengan menyatakan bahawa perkara tersebut sedang dipolitikkan.

“Kepada pemimpin politik yang berkata jangan politikkan perkara ini, kamu sebenarnya yang mempolitikkan isu ini.

“Ini bukan soal politik, tetapi soal patriotisme terhadap negara,” ujarnya.

Related Posts

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

JELEBU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen termasuk dakwaan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos