Projek jagung bijian perkukuh rantaian makanan ternakan, pacu pendapatan penduduk

KOTA MARUDU – Pembangunan industri jagung bijian negara di Kampung (Kg) Masalog dijangka memberi impak besar kepada pendapatan penduduk setempat serta industri penternakan negara secara keseluruhannya.

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah, Datuk Hendrus Anding berkata, projek tersebut bukan sahaja membuka peluang kontrak pertanian kepada rakyat malah mampu untuk menstabilkan rantaian bekalan makanan ternakan.

“Saya gembira kerana dengan adanya projek ini, bukan hanya ini boleh digunakan sebagai membantu untuk meningkatkan pendapatan rakyat melalui kontrak farming Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). 

“Selain  itu, tanaman jagung ini penting kerana menjadi sumber utama makanan haiwan,” katanya ketika ditemui media selepas Lawatan rasmi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Islam Ishak, Sempena Pembangunan Industri Jagung Bijian Negara di Kg Masalog, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata kebergantungan tinggi terhadap jagung import selama ini menyebabkan kos penternakan meningkat dan membebankan para penternak tempatan.

“Isu yang selalu kita dengar ialah tidak ramai yang muncul dalam bidang peternakan seperti ayam, daging, itik, puyuh dan sebagainya kerana mereka mengeluh dengan harga makanannya yang begitu mahal. 

“Semua ini disebabkan oleh sumber utama makanan haiwan ialah jagung. 

“Jadi rantaian ini sangat penting dan ia memberi impak kepada khususnya belia beliawanis di sini yang ingin menceburi bidang keusahawanan dalam penternakan.

“Dengan adanya ladang jagung yang lebih banyak di Kota Marudu, sudah tentu mengurangkan harga di pasaran dan memberikan galakan kepada mereka untuk menceburi bidang ini secara lebih serius,” katanya.

Dalam pada itu, Hendrus yang juga ADUN Tandek berkata, pelaksanaan projek tersebut juga memberi inisiatif ruang ekonomi baharu kepada penduduk setempat seperti penternakan ayam pada masa akan datang.

“Tidak mustahil begitu sekiranya kita merancang dengan begitu teliti kerana kita perlu memberikan banyak pengetahuan kepada mereka seperti latihan, pengetahuan dan sebagainya. 

“Kota Marudu mempunyai peluang dan potensi yang sangat tinggi pada masa hadapan dan saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini menyokong usaha tersebut dan dapat membantu belia dan beliawanis untuk tingkatkan pendapatan,” ujarnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan