Suami isteri maut Ford Mustang terbabas

SEGAMAT – Pasangan suami isteri maut selepas kereta Ford Mustang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 13, Jalan Segamat-Kuantan, petang tadi.

Mangsa yang terlibat dalam nahas pada kira-kira jam 2 petang itu dikenali sebagai Mohd Izuddin Harmaini, 51, yang juga pemandu dan Nur Syamimi Rosli, 36.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, kenderaan itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Segamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah serta meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

KOTA KINABALU – Krisis dalaman Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) semakin memuncak apabila Ketua Penerangan, Iskandar Zulkarnain Ramli secara terbuka mendakwa Presiden, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah kehilangan sokongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa