Polis Pulau Pinang lupus dadah rampasan bernilai RM2 juta

BUTTERWORTH – Polis Pulau Pinang melupuskan dadah bernilai RM2 juta melibatkan pelbagai jenis rampasan daripada tahun 2010 hingga 2024 dalam satu operasi khas bersama syarikat pengurusan sisa Kualiti Alam Sdn Bhd pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, sejumlah 120,901.4 gram (g) dadah telah dilupuskan melibatkan heroin dan monoacetylmorphine (19,750g), kanabis (53,575.9g), ketamin (2,873.9g), methamphetamine (42,614.6g) dan pelbagai jenis pil psikotropik (2,087.1g).

Menurutnya, kesemua dadah itu dirampas menerusi 5,265 kertas siasatan dari lima daerah di negeri ini.

“Sekiranya dadah ini berjaya diseludup ke pasaran, ia boleh menampung kegunaan 1,385,427 orang penagih.

“Pelupusan dilakukan mengikut prosedur ketat dan teknologi yang diperakui oleh Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan keselamatan dan kelestarian alam,” katanya pada sidang media di Stor Barang Kes Berpusat Kontinjen Seberang Perai Utara, di sini hari ini.

Jelasnya, semua barang kes diperiksa terlebih dahulu sebelum dihantar ke lokasi pelupusan di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kawalan ketat oleh pasukan polis bagi menjamin ketelusan proses.

Tambahnya, usaha berterusan dilakukan bagi mengekang penyalahgunaan dadah yang kekal sebagai musuh nombor satu negara.

“Sepanjang Januari hingga Julai tahun ini sahaja, seramai 14,146 individu ditahan membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ia termasuk 4,498 kes pengedaran dan pemilikan dadah. Sebanyak 4,170 kes (92.71 peratus) telah dituduh di mahkamah,” katanya.

Tambahnya, dalam tempoh sama, sebanyak 7,938 siasatan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 251 orang dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39C(1) akta sama.

Related Posts

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang masih menyusukan bayi berusia empat bulan dicekup ketika melepaskan gian bersama tiga lagi individu di sebuah rumah di sini kelmarin. Suspek berusia 27 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan kekesalan terhadap insiden amang seksual songsang yang didakwa melibatkan seorang guru dan pelajar di sebuah sekolah agama di negeri itu. Exco Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat