Kenaikan tarif air tidak wajar, perkhidmatan masih lagi tidak memuaskan di Kuala Kedah

ALOR SETAR – Kenaikan kadar tarif air yang berkuat kuasa Ogos ini disifatkan tidak wajar oleh PKR Cabang Kuala Kedah berikutan mutu perkhidmatan air yang masih tidak memuaskan di kawasan Parlimen tersebut.

Ketua cabangnya, Shakir Sheikh Lukman berkata, gangguan bekalan, tekanan air rendah dan kelewatan makluman oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) masih berlaku di banyak kawasan sekitar kawasan berkenaan.

Menurutnya, rakyat tetap berhak mendapat perkhidmatan yang berkualiti setara dengan kadar bayaran yang dikenakan.

“SADA dan Kerajaan Negeri Kedah perlu segera mengambil langkah penambahbaikan menyeluruh agar mutu perkhidmatan sejajar dengan bayaran yang dikenakan kepada pengguna.

“Rakyat berhak mendapat perkhidmatan air bersih dan konsisten, bukan hanya kenaikan tanpa penambahbaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan bahawa SADA akan mengenakan kadar baharu kepada semua kategori pengguna bermula bil bulan September, dengan purata peningkatan tidak melebihi RM4 sebulan bagi pengguna domestik.

Kutipan hasil akan digunakan untuk memperkasakan kecekapan operasi serta melunaskan komitmen kewangan jangka panjang, termasuk pinjaman RM1.12 bilion kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Kutipan hasil daripada pelarasan tarif juga akan digunakan untuk menambah baik sistem bekalan air, termasuk penggantian paip lama, pembinaan loji rawatan air baharu, pembaikan sistem agihan dan rumah pam bagi menangani isu tekanan air rendah serta memperluas liputan bekalan air.

Related Posts

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

BATU PAHAT – Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi. Suasana pilu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob, Kapar, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja