Ekspedisi Gunung Kinabalu jadi simbol solidariti pesakit Duchenne

KOTA KINABALU – Ekspedisi tahunan mendaki Gunung Kinabalu anjuran Coalition Duchenne kembali untuk edisi ke-13 pada 12 Ogos ini, sebagai simbol solidariti dan perjuangan golongan pesakit Duchenne Muscular Dystrophy (DMD), penyakit genetik progresif yang menjejaskan otot dan pergerakan kanak-kanak, khususnya lelaki.

Pengasas Coalition Duchenne, Catherine Jayasuriya anak kelahiran Sabah yang kini menetap di California berkata, ilham untuk ekspedisi ini datang daripada anaknya, Dusty Brandom, yang turut menghidap DMD.

“Perjuangan anak saya dan pesakit lain menjadi pencetus untuk saya kembali ke Sabah dan menyumbang secara langsung kepada komuniti melalui kesedaran, sokongan dan advokasi.

“Ia bukan sekadar membalas budi tempat asal saya, tetapi juga membawa perubahan bermakna kepada mereka yang paling memerlukan,” katanya dalam kenyataan media, pada baru-baru ini.

Catherine turut menerbitkan dokumentari *Dusty’s Trail: Summit of Borneo* pada 2012 yang merakam kisah perjuangan anaknya dan pesakit DMD lain sebagai sumber inspirasi.

“Ekspedisi ini adalah lebih daripada misi pendakian. Ia simbol harapan, kekuatan dan solidariti kami terhadap pesakit dan keluarga mereka. Senyuman mereka adalah kekuatan kami,” katanya.

Program ini bukan sekadar pendakian, sebaliknya satu inisiatif kemanusiaan untuk meningkatkan kesedaran serta mengumpul dana penyelidikan dan rawatan penyakit yang belum ada penawar itu.

Menurut statistik, satu daripada setiap 3,500 kanak-kanak lelaki di seluruh dunia berisiko menghidap DMD.

Majlis pelepasan rasmi ekspedisi dijadualkan berlangsung di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa dan akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

Sebagai pengisian tambahan, Coalition Duchenne turut menganjurkan Bengkel Multidisiplin pertama di Malaysia pada 10 Ogos, yang bakal menghimpunkan lebih 100 peserta termasuk pakar perubatan, pendidik, penjaga dan keluarga pesakit dari seluruh Sabah.

Bengkel anjuran bersama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Hospital Queen Elizabeth, Persatuan Pediatrik Sabah serta pasukan fisioterapi dari Benphysio, Kuala Lumpur.

Peserta bakal mengikuti sesi amali dan ceramah kesihatan melibatkan bidang rehabilitasi, neurologi dan kardiologi dengan bimbingan langsung daripada pakar tempatan.

Related Posts

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob, Kapar, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

SARATOK – Peruntukan lebih RM101 juta diluluskan bagi menaik taraf Tebingan Saratok atau Saratok Waterfront, sekali gus membuka ruang lebih besar untuk memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi setempat. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

  • By Ithma
  • October 4, 2026
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah