LRA Tawau mula operasi, pemulihan air secara berperingkat

TAWAU –  Loji Rawatan Air (LRA) Utara Tawau mula beroperasi semula pada Isnin menggunakan satu pam air terawat berkapasiti 20 juta liter sehari (mld) bagi menyalurkan bekalan air kepada penduduk setempat.

Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menerusi satu makluman daripada Jabatan Air Tawau berkata, operasi pam air terawat juga akan ditambah secara berperingkat tertakluk pada paras air dan pematuhan kualiti air sungai. 

“Walau bagaimanapun, pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat dan pengguna dinasihatkan agar terus berjimat cermat dalam penggunaan air, mengelakkan pembaziran serta memastikan simpanan air yang mencukupi bagi keperluan harian.

“Pembekalan melalui lori tangki air tetap diteruskan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan kritikal,” kata kenyataan itu. 

Bagi membantu pengguna yang masih terjejas, orang ramai boleh mendapatkan bekalan air bersih secara manual di Depo Jabatan Air Bahagian Tawau sehingga pukul 10.00 malam setiap hari sehingga keadaan terkawal. 

“Pengguna adalah dinasihatkan untuk membawa bekas air atau tangki sendiri serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan di lokasi pengambilan,” katanya. 

Pihak Jabatan Air Sabah akan terus memantau perkembangan semasa dan komited dalam memastikan bekalan air yang bersih, selamat dan mencukupi terus disalurkan kepada pengguna.

Baru-baru ini, warga Tawau menghadapi krisis bekalan air bersih selama tiga hari sehingga berminggu di satu-satu kawasan sekitar Tawau dan Kalabakan sehingga bergantung kepada bekalan air mineral dan tangki air hujan. 

Luahan itu dikemukakan warga Tawau menerusi komen antaranya pada Facebook Tawaukini dan Tawau. 

Antara kawasan yang terjejas termasuklah di kawasan perumahan dan perkampungan iaitu Felda Umas, Ranggu Saujana, Batu 8, Wakuba, Taman Megah Jaya, Bukit Quion, Jalan Sin Onn, Bandar Sri Indah dan Tinagat.

Related Posts

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob, Kapar, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

SARATOK – Peruntukan lebih RM101 juta diluluskan bagi menaik taraf Tebingan Saratok atau Saratok Waterfront, sekali gus membuka ruang lebih besar untuk memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi setempat. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

  • By Ithma
  • October 4, 2026
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah